Thursday, 31 March 2011

KITA YANG TERLUPA



"Pakaian mencerminkan keperibadian"

kita seringkali alpa; kita terlalu lalai dan kita tidak pernah ambil peduli
tentang pakaian yang dipakai untuk mengadapNya. kita lupa akan hakikat siapa diri kita.
seringkali kita mengadap Allah dengan pakaian yang kita pakai hampir seharian.
pakaian tersebut kadang kala tidak diketahui sejauhmana kebersihan dan kesuciannya.
seharian kita memakainya ke hulu ke hilir dan kadangkala pakaian tersebut menyapu jalanraya kerana 
terlalu labuh mencecah lantai. jadilah kita bandaraya yang tidak bertauliah. jauh bezanya dengan keadaan 
kita ketika menghadiri majlis-majlis keramaian atau kenduri. dengan keharumannya dan pakaian yang tanpa 
sekelumit pun kesan k0t0ran degil.
berbeza keadaannya untuk kita mengadap Allah SWT. bahkan kita juga rela memakai telekung yang dipenuhi
bintik bintik hitam umpama jeragat di muka dengan keharuman yang tersendiri. hilang keperihatinan tentang 
kebersihan sebagaimana yang kita laung laungkan. sedangkan Islam amat menitik beratkan hal hal yang berkaitan dengan kesucian dan kebersihan. telah bersabda Rasulullah saw:-
"suci itu adalah separuh dari iman"
-Hadith riwayat Muslim-

Flaming Arrow

No comments:

Post a Comment