Wednesday, 30 March 2011

BERTUDUNG VS BERFESYEN




pakai tudung tapi telanjang
itulah gaya 0rang sekarang
mana tidaknya ukuran b0dy semua terang-terang
yang mana kendur yang mana tegang

baju nipis nampak bayang
peha gebu saja ditayang
lebih baik tak pakai baju senang
dah tentu b0leh tunjuk terang-terang

baju ketat seluar sendat
pakai tudung just ikat-ikat
dari mula memang bukan adat
di sudut agama pun gaya tak berkat

tudung jarang baju nipis
pakai sikit b0leh nampak garis
mata 0rang terbeliak kita membengis
bila kena kutuk kenapa menangis

apa rasanya kepala bertudung kain terbelah
kalau setakat rambut 0rang kurang ghairah
lain lah kalau peha gebu atau ternampak lurah
mata yang memangdang b0leh keluar darah

kebaya ketat kain terbelah
ikat tudung tak sudah-sudah
nak ikut suruhan agama memang tak mudah
tapi islam sebenarnya indah

bertudung itu bukan satu paksaan
ianya lebih kepada keinsafan
selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
tu le pasai fesyen yang bukan-bukan

menutup aurat itu tuntutan
kalau ia dianggap susah; pasai tu le b0san
kalau hati sungguh2 tak berkenan
tu le berjela-jela mencipta seribu alasan

menutup aurat satu syariat
kepada agama kita taat
hidup berkat pahala berlipat
di dunia selamat di akhirat hebat

kalau dah memang rasa nak berubah
peduli kata 0rang bukan dia 0rg yg susah payah
asal niat; matlamat dan cara kita istiqamah
lantak le deme kalau nak tergigit lidah

bersamalah kita mengkaji semula
pakaian kita yang bagaimana gayanya
andai belum betul-betul bersedia
janganlah kita mencemar kesuciannya

andai terasa hidayah menyinggah
lakukan yang betul mengikut sunnah
menutup aurat jangan sekali dirasa payah
mengapa diperleceh itukan perintah

andai dihati redha dan ikhlas
di wajah Nur terpancar jelas
walaupun bergaya tak berapa 'klas'
asal tuhan tahu;diakhirat peng0rbanan terbalas....






Hockey Player

CINTA













tak usahlah sebut pasal cinta...
jika anda sebenarnya tak ambik kisah
tak usahlah bercakap tentang perasaan
jika ia sebenarnya tidak berada di hati
tak usahlah menunjuk di dada
jika berhasrat melukakan jiwanya
tak usahlah memandang anak matanya
jika mahu berb0h0ng padanya
tak usahlah katakan dia satu satunya
jika masih ada 0rang lain sisi
tak usahlah kunci hatinya dengan kata cinta
jika lahir dari jiwa yang dusta
tak usahlah memuji sesuatu yang jauh
selagi kita tak dekati dan kenalinya
tak usahlah ucapkan "Hel0" padanya
jika kelak mahu mengucapkan
"selamat tinggal"
Tapi...
fikirlah dan renunglah
apa sebenarnya yang tersirat di hati
sebagaimana diri dan jiwa mahukan
untuk kebahagian abadi...

~shafikhah88@yahoo.com.my~